Catatan

5.0 PEMBELAJARAN PELAJAR

NOOR ANNIS AZWIN BINTI FAKARUDDIN D20191088151  5.1 DEFINISI PEMBELAJARAN                Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri.   Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia. Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Antara ciri-ciri pembelajaran ialah: Perubahan tin...