5.0 PEMBELAJARAN PELAJAR
NOOR ANNIS AZWIN BINTI FAKARUDDIN
D20191088151
5.1 DEFINISI PEMBELAJARAN
Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia. Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Antara ciri-ciri pembelajaran ialah:
- Perubahan tingkahlaku agak tetap, bukan sementara
- Melibatkan perubahan tingkahlaku
- Perubahan tingkah laku sebab pengalaman diperolehi
- Pengalaman yang diterima sepatutnya diteguhkan
- Berlaku secara formal atau tidak formal
- Perubahan tingkahlaku dalam pembelajaran bukan disebabkan gerakbalas yang diwarisi
- Pembelajaran satu proses berterusan
5.2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran
1. Penglibatan aktif
Mengikut Ewell (1997) "the learner is not 'receptable' of knowledge, but rather creates his or her learning actively and uniquely". Dalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada mereka. Mayer (2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Contohnya mata pelajaran seni, selepas guru mengajar pelajar berkaitan ukiran kayu, pelajar tersebut dapat mengaplikasikan cara untuk membuat ukiran pada kayu.
2. Pembelajaran informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Contohnya daam mata pelajaran sains, guru boleh membawa pelajar untuk belajar di bawah pokok untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan tajuk seperti fotosintesis tumbuhan.
3. Pengalaman langsung
Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk pemahaman terhadap apa-apa yang dipelajarinya. Pelajar dapat menemukan dan mereko serta mengalaminya sendiri dan bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain. Contohnya, pelajar di bawa ke zoo di mana pembelajaran melalui pemerhatian dan interaksi dalam persekitaran zoo memberi pemahaman yang mendalam berbanding pembelajaran melalui membaca tentang haiwan di dalam buku.
4. Maklum balas berterusan
Maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka. Pelajar dapat menyemak kesesuaian prestasi serta memantau kemajuan pembelajaran. Maklum balas positif untuk memberikan maklumat kepada pelajar tentang aspek pembelajaran atau perlakuan yang sesuai. Manakala, maklum balas negatif untuk memaklumkan perlakuan yang salah. Maklum balas berkesan ialah maklum balas berdasarkan analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran.
5. Suasana yang menyeronokkan
Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara guru, gaya kepimpinan, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran. Menurut Ewell (1997) maklum balas serta pembelajarn berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secar peribadi. Contohnya, guru perlu mempunyai gaya kepimpinan yang betul supaya suasana dalam bilik darjah dapat memberi keseronokkan kepada pelajar semasa pembelajaran.
6. Refleksi
Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita. ia merupakan satu usaha bermkana untuk menjiwai proses pengajarn dan pembelajaran, membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. (Noraiti, Bon & Sharifah, 2009) mengatakan pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.
RUJUKAN
Prinsip-prinsip pembelajaran diperolehi daripada https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/prinsip-prinsip-pembelajaran.html?=1
Ulasan
Catat Ulasan